Nak tau jantina Lovebirds mmmg susah skit. Info yang saya post nie mungkin betui mungkin salah (x berapa tepat). Orang kata la, selalunya lovebirds betina memiliki susuk badan yang lebih besaq dan lebih berat dari si jantan. Lovebirds betina mempunyai pinggul yang lebih luas dan saiz lubang dia nampak besaq, dalam masa-masa tertentu si betina akan menunjukan tanda-tanda untuk bersarang contohnya merobek-robek kertas atau rumput dan memasukan benda yang dirobek dicelah celah sayap ia. Ada jugak lovebirds jantan yang berbuat macam tue . Situasi nie berlaku apabila si betina berumur setahun lebih dan tiba masa dia untuk mengawan. terdapat jugak pendapat yang mengatakan lovebirds jantan memiliki kaler yang lebih terang dari si betina untuk tujuan menarik perhatian si betina bila tiba masa untuk mengawan. Lovebirds betina duduk lebih terkankang dari sijantan sebab tulang pinggul si betina lebih terbuka dan lubang dia besaq untuk tujuan dia senang betelur. Si jantan selalunya memberi makan kepada si betina dengan cara menyuapkan makanan dari mulut ke mulut yang kelihatan seolah-olah bercumbu-cumbuan. Si jantan selalunya duduk dan terbang disekitar atau disekeliling sarang dengan tujuan untuk menjaga sarang semasa si betina betelur dan mengeram. member aku ada jugak yang cakap,bila anak burung lovebirds tue menetas.. anak yang pertama tue adalah jantan yang kedua tue adalah betina. andaikata cuma sebijik ja telur yang menetas.. maka anak yang keluar itu adalah jantan. diharap segala maklumat yang saya berikan ini dapat membantu.
No comments:
Post a Comment