heartbeat.my

Tuesday, August 23, 2011

Memori indah


time aku tengah usha picture2 kenangan lama. aku terjumpa balik video yang terselit dalam picture perkahwinan aku. teringat gak..walhal sekarang nie kami dah ada seorang cahaya mata pun.. video nie pendek ja coz member aku sepatutnya ambil gambar tatpi dia silap tekan kot tue yang jadi video..tapi tak pa at least video nie jadi kenangan walaupun singkat ja..buleh simpan untuk anak aku tengok nanti

Friday, August 19, 2011

Jin Aladdin

kekadang bermain difikiran aku, lelaki yang berpangkat suami & ayah nie seperti jin Aladdin. Keja tunaikan permintaan. Power jin Aladdin nie terletak pada slip gaji, akaun bank diringkaskan  duit gaji. lagi besar gajinya lagi berkuasalah power  jin aladdin tersebut. pe saja wife sebut..tunaikan jaa. pe saja keperluan anak..penuhi  jaa. kekadang jin aladdin nie belum tentu keperluan dirinya cukup. sebab tue jin alladin x pakai baju pastu tinggal dalam teko lampu ja... Jin Aladdin pun buleh kehabisan power gak..kekadang tue tak sempat cukup bulan..mana nak caj powerrr nie.

Tuesday, August 16, 2011

Cerita Seorang Ayah


                Hari nie sudah 10 Ogos, maknaya sudah 10 hari puasa. wife aku dimasuk wad petang kelmarin (semalam). Aku letih sangat,ponteng kerja hari nie. settle saja buka posa aku  terus mandi & then solat maghrib, aku terus stereng keta  pergi  hospital jenguk wife aku. aku bawak  sama air jampi yang aku minta kat Pak Chot.  Aku bukannya percaya sangat bab-bab air jampi nie. Tapi setelah di brain wash  oleh Kak Bie, Kak Tie ngan Mak Teh Liah. aku pi jugak minta ubat sekdar iktihar. Orang tue nie guna air sejuk ngan air krim soda. kalau bahasa kampung  ayaq menet. sampai ja dia hospital wad 2 wad bersalin tingkat 1 bangunan baru aku mintak kebenaran kat pak guard yang jaga pintu masuk.Sepatutnya time melawat kul 1-2 petang pastu kul 5-7 malam. tapi pasal aku nak jumpa wife aku coz nak antaq barang, pak guard tue kasi aku masuk jugak atas budi bicara . aku pun gitau la  kat wife aku petua pak chot tue bagi. dia suruh mimum ayaq krim soda tue sampai habis.
Jam sudah pukul 10 lebih. aku faham cara pak guard tue usha memang dia nak halau aku keluar. mmg patut pun sebab tue kerja dia. aku tak terus balik  umah.. melencong singgah umah Mat Rani sat.  aku tak boleh dok lama pasal hati ngan akal aku kat tempat len. tertinggal kat hospital kot. dengan keadaan malam yang agak panas aku terus balik rumah. Setelah salin pakai kain pelikat aku layan la Facebook & chatting. Dalam lebih kurang pukul 12 macam tue la wife aku call . dia gitau ayaq ketumban dia pecah.  Apa lagi aku tak senang duduk la... aku pi umah Kak Bie mintak tolong anak dia Nanie teman Mak teh malam nie. Tapi aku tak pi lagi.. rilex dulu. dlm pukul 1 lebih aku call wife aku tanya keadaan.. dia kata sakit sangat. aku pun pederas keta pi hospital.  Sampai ja di hospital aku cuba la col wife aku ..tetiba anset buruk aku wat hal pulak .. line  tak dak.. pastu aku try usha la kot tingkap dari korridor.. tak nampak wife aku pun.. lagi tension. cam kucing ilang anak dah aku time tue.  Dalam setengah jam aku nampak wife aku pastu line dapat balik lalu aku call la dia. Ujian betul la. dia gitau dia sakit sangat.. tadi tue dia pi check tengok..nurse tue gitau  tak terbuka abis lagi. Baru beberap cm. Tak pa aku terus usha wife aku melalui tingkap.. aku tengok dia tak leh nak tidur. aku lagi susah ati.. boring menunggu pun ada jugak.. mata nie dah ngantuk sangat.. tak tau nak wat apa.Time aku jumpa budak 2 orang, sembang ngan diorang untuk hilangkan boring.. kebetulan pulak diaorang kerja ngan member aku Wan kat kafe maktab.. sembang punya sembang sampai pukul 3 setengah.. tapi akal aku still dok pikir pasal wife aku tue.. aku sekali skala try usha dia ikut tingkap. pastu dah tak tahan mata aku terus balik umah..
        Sampai ja dia umah, aku terus mandi pastu solat sunat  hajat 2 rakaat. minta agar Allah SWT pemudahkan  wife aku nak bersalin. Pas tue aku terus besahur .  Dalam pukul 6 pagi aku pi hospital balik. sampai ja di hospital aku usha wife aku tak leh nak tidor jugak pasal dia still sakit.. aku call la dia ..dia cakap  dalam kul 8 jap gi Nurse dah nak bawa dia masuk  labour room.  Sementara nak tunggu pukul 8, aku tetidoq kat atas kerusi.. bangun ja aku terus pi kat pintu. Pak guard tue senyum kat kat  dia kata " encik tidoq letih sangat  ka? sampai mengeruh ngan mulut terngaga". tapi aku diam ja. dalam pukul 8 lebih aku dapat kebenaran untuk masuk jumpa wife aku.jatp ja leh jumpa...time jumpa tue adala skit menyentuh perasaan skit. Coz wife aku dah nak masuk kat labour room dah. dia bagi anset ngan ic dia untuk aku simpan. pastu Nurse tue cakap kalau nak jumpa pi tunggu kat pintu depan. aku pun  pi la tunggu kat pintu depan.  Suasana kat pintu depan tue  ada seorang kakak yang baru nak register masuk wat ngan 3 orang nurse sedang berbincang. Maklum la time masuk keja  busy la skit. Aku bagitau la kat nurse yang aku nak jumpa wife aku.. Dia pun masuk check..dalam 5 minit cam tue sorang Nurse keluar & bagitau aku “Dah tak boleh jumpa dah isteri encik sebab dia dah masuk Labour room”. Tak apa la atlest aku tau la situasi wife aku walaupun tak boleh leh jumpa
Aku keluar  tunggu kat depan bersama-sama  3 orang stranger  yang situasinya sama dengan aku..tunggu wife bersalin. Amat boring sangat menunggu. ..kekadang tetidor pastu bangun balik.. pastu sembang ngan anatara kami..Dalam pukul 9 macam tu ar Haji Sulaiman pun sampai. Tapi dengan keadaan letih &boring aku, aku malas nak sembang dengan dia. Masing-masing wat deeek ja. Terasa masa bergerak dengan lamanya sekali. Almaklumlah bulan puasa tak boleh nak hisap rokok. Sangap tueee.. Pastu aku ada juga pi sembang dengan mak cik Nurse separuh abad  kat kaunter. Dia sajalah  harapan untuk aku tau pasal situasi wife aku sebab sejam sekali dia akan pergi check situasi & then maklumkan kat para suami yang bakal nak jadi ayah. Dia ada cakap “kita yang kat luar nie menunggu sampai mengantuk.. tapi yang kat dalam tue menunggu tahan sakit” betul jugak cakap dia. Dalam pukul 3 lebih aku gi kat keta aku yang terparking kat betul-betul bilik bedah. Sebenarnya aku pun tak tau apa motif aku gi kat keta aku. Masuk jap dalam keta..pas berapa minit aku keluar dari keta. Tiba-tiba  aku sedar yang aku tertinggal kunci keta kat dalam. Problem la pulak time-time  macam nie. pe lagi cari pembaris la nak buka pintu keta.. merata kaunter aku gi pinjam. ade gak dua tiga  orang yang perhatikan  time aku tengah buka pintu keta.  “ Apahal encik? Kuncitertinggal dalm ka? Sapa seorang lelaki. “ ya” jawab aku dengan ringkas. “ buleh saya tolong?” dia cuba menghulurkan bantuan. Lalu aku pun memberikan kulit buku keras kerana aku tak beraja mencari atau meminjam pembaris besi.
Tiba-tiba anset aku berbunyi terpampang nombor +6049738000 “Assalamualaikum” “waalaikumusalam” “ini En Mohd Fairul ke?” “ya saya, kenapa?” “ Isteri Encik ,Saiful Azlin dah selamat melahirkan anak. En ada dimana sekarang?”  “ saya kat hospital la” “ boleh tak Encik  tunggu kat depan kaunter kat pintu masuk wad 2? Sebab kami nak bawa anak encik kat citu untuk diazan kan” “ ok.! Saya pergi sekarang”.suah nak digambarkan perasaan kau bila selepas mendengar panggilan tue. pastu aku cakap kat lelaki yang tolong aku tue  “tak apa la encik biarla kunci tertinggal kat dalam. Pasal isteri saya dah selamt bersalin dah. Tinggal ja kunci kat citu”.. aku pun berlari la naik keatas.. dalam  on the way tue aku jumpa my mum  in law aku lau aku bagitau kat dia “Lin dah bersalin dah!!!!! Depa nak bawak anak kat depan tue” aku pi  la kat pintu depan sambil tersenyum sorang-sorang.. my mum in law follow dari belakang. “ tepon ayah cepat. Dia ada kat tingkat atas. Dia teringin sangat nak azan  tue” aku tak cakap pe pa. Aku dah agak dah mesti orang tua tue nak azankan anak aku. Tak kesah la sapa azan kan coz aku tengah mood baik nie. Selang beberapa minit aku pun call la Haji Sulaiman  nie demi mengikut perintah dari my mum in law.
 Pintu wad 2 terbuka datang sorang Nurse  sambil membawa bayi yang diletak didalam troli sambil menyebut “ Rohaya !” confirm tapi bukan anak aku.. pasal nama ibu dia tue nama orang lain..pastu datang seorang lelaki dalam umur 40an meluru ke arah  bayi tue .lalu Nurse tersebut menyuruh la siayah bayi tue mengambil wuduk & then megiqamatkan bayi tue... confirm anak dia tue perempuan. Dalam  masa yang sama biras aku iaitu wife abang ipar aku sampai .di shortkan  cut kan  cerita .. Haji sulaiman  aku pun datang..selang beberapa minit pintu tue terbuka oleh seorang nurse yang datang menyorong seorang bayi didalam trolleti. Lalu nurse tue menyebut “SaifulAzlin” time tue aku, my parent in law & biras  aku meluru kearah bayi yang ada didalam trolley tersebut. “ mana suami Saiful Azlin? Pergi ambil wuduk pastu azan kan” kata nurse terbut sambil membuka balutan kain yang menyelimut bayi tersebut.  “ “Ooo anak dara comei nya” sapa Biras aku sambil tersenyum.
 Setelah selesai mengambil wuduk , Haji sulaiman  pun mendekati bayi tersebut lalu mengazankannya. Dengan nada yang kuat dan nyaring  seolah-olah mengazankan dimasjid untuk memberitahu umat islam yang waktu solat sudah sampai “ Allah hu Akbar.. Allah hu Akbar.  Mimik muka yang soalah-olah kehairanan nurse tue bertanya” eh.. bukan bayi perempuan kena  qamatkan saja?” aku pun tersenyum sambil menjawab “ exited tue dapat cucu.. biar lah.” Lalu nurse tue berkata lagi “ sepatutnya yang afdal tue siayah dia kena wat” “shh.. x pe la tok wan dia teringin sangat nak wat” sambil menunjukan jari dia mulut aku menjawab. Nurse tue berkata lagi sembil tersenyum sinis “ siayah pun tengok dari rupa pun teringin sangat nak azankan anak dia tue”  “ kalau nak diikutkan tak payah azan kuat-kuat pun tak pa” celahan  sorang lagi. Aku diam tidak berkata apa-apa sambil tersenyum. Perbualan kami bertiga perlahan & tak didengari oleh Haji Sulaiman yang sedang mengazankan bayi tersebut. Setelah selesai azan serta iqamat ditambah lagi dengan beberapa surah pendek oleh haji sulaman. Aku mengambil handset wife aku untuk mengambil beberapa gambar anak aku. “Nie uri, nak siayah..” kata nurse tue. Aku pun mengambil bungkusan yang mengandungi uri anak aku. Setelah selesaii nurse tue menyorong trolley tue masuk kedalam balik
Pepapun ..aku memang happy sangat.. syukur Alhamdullillah
 


Thursday, August 11, 2011

broken english simple essy: My knowlegde about biak



If we saying about Biak in area Perlis & kedah , everyone know about  it. This tree is easy to growth and no need advance caring. It is actually wild growth plants which are growth in tropical rain forest jungle and it is look likes from timber species because of the height of this tree can reach more than  30 feet and above. Biak is very popular because of it leafs which say it has a high potential medical values. Betul ker biak leh jadik ubat????????  Many people say that biak leafs can threat children who have problem with enterobiasis, restore back of energy for men after work and some people say it can help men stay last longer such as energizer battery when having sex. Various styles were used in taking a Biak. One of the popular is boiled biak leaf until its became a stock, blend its leafs until it become a  extract powder and eat raw biak leaf . But excessive intake or overdose it can be addictive.
A few years ago,  biak trees were planted and reproducing widely in areas of perlis & kedah. It is was affected by the demand of many of teenagers, adults, old peoples, men and also women was abused in taking of biak. From the economic view point, the price of the biak is between 10 ringgit-45 ringgit per kilo. Mahal tueeee...it can increase their standard of living. In some areas, a glass of biak stock price around 2 ringgit -6 ringgit. The impact from the of healthcare show that those who were addicted by biak can be so tired and wilt. There are also body aches, fever, diarrhea and failure to control their emotions. As solution, take biak daily in large quantities can help them to prevent tehem from bad effect.
What are the good things is, some modern and traditional medical practitioners recognized that biak can cure a drug addicted. It is more effective then drug replacement such as ketamin.

Tuesday, August 9, 2011

kepalsuan Hadith Fadhilat Kelebihan Tarawih


Artikel nie saya ambil dari laman web http://www.jais.gov.my/ramadhan/fadhilatterawih.php sekadar untuk ingat mengingati sempena pada bulan ramadhan. agar kita tidak terpesong dengan hadith-hadith yang kita sendiri tidak pasti asal-usul kesahihanya.... diharap pihak JAIS sendiri tidak kesah sekiranya sy memaparkan artikel tersebut
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya. 
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya. 
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :
1.   Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2.   Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
3.   Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4.   Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.



Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan. 

Thursday, August 4, 2011

lovebirds poster

Poster- Poster nie aku amik kat website len.. klau ada tuan dia nampak..maknanya tuan dia ada mata