heartbeat.my

Friday, November 18, 2011

aYAM uNTUK dIJUAl

aYAM kampung untuk dijual. harga sekitar RM11-12 ringgit sekiLogram. ManaKala Ayam Piru pula HarGA sekitar RM22 ringgit sekilogrAm. Ayam Selasih pula Harga RM40  seeekor. Ayam kampung tue kacuk. tiada yang original. tapi namnpak macam original.


 

Sunday, November 13, 2011

Jalan- Jalan Ke Had yai


Misi mencari Lovebirds diteruskan lagi. Hari nie aku pergi ke Pasar Padang Bezar Thailand. Pasar nie cuma hari Ahad saja. Kalau ditengok-tengok kat Padang Bezar banyak kedai jual burung ngan sankar. Tapi burung tempatan macam merbah jambul, terkukur, murai dll.Kat Pasar Minggu Padang Besar ada gak jual haiwan peliharaan, tapi tak da lovebirds. Kat Pasar tue  anak Kucing Parsi pun ada jual..tapi seekor 4000 bath. IkaN gUPPY, burung cak uban. 
Dalam pukul  2 petang time malaysia maknanya pukul 1 tengahari time Thailand kami bertolak menuju ke Bandar Had yai jaraknya  55 kilometer dari Pekan Padang beZar. Sepanjang perjalanan ke Had yai saya tengok banyak gak la Sangkar burung tergantung kat depan rumah orang, kdai makan.  maknanya orang Thai nie minat burung jugak. ada jugak 1 2 kedai Sangkar burung yang kami nampak.
Sampai di Bandar Had yai , kami berdua round-round last last jumpa gak sebuah kedai burung.  KedaI  tue agak sederhana ..tapi apa yang menariknya ada berbagai burung import termasuklah Macaw, IRN, Sun Conuro. Tapi Lovebird kehabisan stok. dia kasi tau 7 Januari 2012 stok baru Akan sampai. Makanya saya kena pergi lagi..... Hadyai
Kalau tengok-tengok.. hati rasa jmacam teringin sangat nak beli.. tapi apakan daya poket cukup-cukup makan jer.. nanti kalau ada budget leh beli 


 



Monday, November 7, 2011

cute sugar glider

kelmarin  aku telah menziarahi rumah member aku yang terletak disempadan Kedah Perlis. Apa yang menarik ialah.. dia menunjukan haiwan peliharaannya yang baru dibeli iaitu  Sugar Glider.  Sugar Glider nie kira pet yang tengah top sekarang nie... kalau tak salah dia beli dengan harga RM250.  Mahal lagi dari lovebirds aku tuee
Aku ingat lagi 2 tahun lepas. masa tue  sugar glider nie tak la berapa glamor macam sknuk nie. Member aku nak jual kat aku ngan harga Rm160 siap free dia punya push bag lagi. aku pun pelik  gak masa tue sebab tak penah tengok sebelum nie. So..aku tak teringin la nak ambik.
kalau tengok dari rupa memang cute sangat. Pastu mudah dibawa kemana-mana .Bergantung pada keadaan.. kadang-kadang aktif kadang-kadang banyak tido.. haiwan pepa cam tue jugak.. Suka melompat-lompat dari satu tempat ke tempat. bila berjalan disekeliling  badan kita sampai dalam baju dia masuk ..naik atas leher .. rasa geli-geli gak la.. patutlah banyak aweks-aweks kat blog cakap teringin nak bela. menurut member aku  beza sugar glider jantan ngan betina.. si betina ada pocket kat perut macam kangaroo tak pun macam doremon.  Agak-agaknya bilalah tokei leh jadi pet macam sugar glider. bawak dalam push Bag.
Apa-apa pun Selamat Hari Raya AidilAdha dan selamat menyambut ibadah Korban