heartbeat.my

Sunday, September 25, 2011

Petang nie aKU  pergi ke rumah bapa saudara aku. saja ja pergi  kat kg pida 15 Mukim Sanglang Kedah. kolam ikan yang bapa saudara aku wat dah siap. seronok tengok adik sepupu aKU memancing. sempat gak minatk kutip daun skit wat balik rebus. kisah pasal dia..dia adala bela ayam kampung, ayam piru & angsa. angsa tinggal sekor, ayam piru 6 ekor & yang menjadi skit ayam kampung. setakat nie yang aku tau dia belum commercial kan. tapi homemade incuborator dia memang menarik.
Penah gak orang gitaukat aku..angsa nie kalu tak kena tangan tak jadi membiak... ayam piru pula mudah kena penyakit..tersedak. betul ke tak aku pun tak tau. ayam kampung macam biasa ja..senang nak bela. aku pun klu ada rezeki nak juga bela angsa. ..



Saturday, September 24, 2011

BURUNG TEKUKUR & merbok untuk dijual

assalamualaikum...
burung tekukur  dua ekor untuk dijual  & sekor burung merbok denak  untuk dijual. burung nie member aku punya. aku saja wat amal jariah nak tolong posting kat mudah.my. harga bagi tekukur dan merbok  dalam lingkungan 400 inggit sekor. tapi  boleh kurang lagi. kalau sesapa berminat leh call en Mat no handphone 0147410073 atau pun en faizan 0174473488. tarikh posting burung nie pada 25 septeber 2011.
Adress Kg pida 13, mukim sanglang, kodiang kedah.
direction kalau mai dari alor setar mengunakan jalan lama menuju ke kangar . sampai di Ayer Itam terussss, pastu jumpa  Pekan KerpaN , terusss. pastu jumpa pekan Kg Sanglang. belok ke kanan. kalau hari sabtu kat citu ada pasar malam. Jalan kg sanglang menuju ke Pekan Kodiang. terus sampai jumpa stesen minyak Caltex. belok kiri naik atas jambatan. ada kilang padi. pastu masuk batas kampung. kat kat area citu la. kira senang sampai citu boleh call number diatas
      

 
 
 

Friday, September 23, 2011

Anak aku sudah berusia 43 hari dah..dia dah kurang tidur..sudah menunjukan sifat-sifat hendak bermain.
Ayam katik aku sudah besar. bagi aku kaler agak cantik tapi rupa bentuk badan tak seperti serama-serama yang masuk bertanding.. jauh sekali. padanlah benda free. AlhamduLiLLah sume 2 pasang.. walaupun 1 pasang tue couple antara ibu dan anak  kira sumbang mahram la...tapi tak pa ..ayammm.
Percintaan diantara siibu & anak... kucing tue interframe jerr

Sijantan yang sedang gersang kerana si Isterinya sedang berpantang (mengeram)..Percintan siAbang & siadik
Ibu muda yang pertama kali mengeram..mesti diboring sebab tunggu lamasehingga menteas. dahla tuemengeram kat meja simpanan racun padi pula

Thursday, September 22, 2011

harapan Sangkar baru

Lama jugak aku tak posting pasal kisah-kisah lovebirds aku. Bukannya apa.. sibuk skit. Sebelum bulan puasa hari tue, aku buat sangkar baru. Sangkar lama dirobohkan. Tapi kali nie kat rumah aku sendiri.. bukan di rumah mertua aku. Susah nak bela kat sana sebab gangguan dari sang ular selalu sangat. tue sebab bila burung aku betelur ja..selang beberapa hari telur tue hilang. punya lama bela last-last dapat sepasang ja.

  Tapi kali nie sangkar yang ke-2, gangguan dari sang kucing pulak. tapi tak apa sebab kucing bukan boleh masuk pun dalam sangkar. dah la wat sangkar kira dalam rumah jugak,  lovebirds tue pulak ganggu aku nak tidur. bila sang kucing lalu ja... diaorang bising...  pe yang aku nak cita sebenarnya , burung aku dah bertelur.. tue ja harap-harap kali nie menjadi

Friday, September 2, 2011

Mengatasi masalah Anak-Anak yang Nakal, degil & suka melawan Cakap IbuBapa

Secara fitrahnya setiap ibubapa mahukan anak2 mereka menghormati mereka, mengtaati hukum agama, senantiasa menjauhi perkara maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial seperti lari dari rumah, bergaul bebas, berzina, menagih dadah, biadap & sebagainya
Ibubapa boleh mengiktiharkan sesuatu agar anak mereka agar anak mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara berikut. Antaranya membaca doa-doa tertentu pada air seperti surah Al-Fatihah, Doa pelembut hati (surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa, Selawat Tafrijiyah, Doa menghindar Maksiat (Surah Al-Mu'min ayat 3) & beberapa doa yang lain. Air yang dibacakan dengan doa tersebut diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dbuat bilasan mandi.
Salah satu iktihar yang sangat mujarab bagi mengatasi masalah anak-anak yang suka melawan ibubapa ialah dengan mandikn anak-anak dengan air tadahan lebihan wuduk ibu bapa. caranya seperti berikut:
1)    IbuBapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota ini termasuk yang rukun & sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua-dua tangan , kepala, kedua-dua telinga & kaki hingga buku lali
2)   Setelah dibersihkan anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa untuk mengambil wuduk.
3)   Cara yang mudah, duduk diatas kerusi & letakan baldi dibahagian antara kedua dua belah kaki. biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk
4)   Membasuh semua anggota wuduk 3 kali. mulakan dengan membaca Bismillah. Basuh kedua-dua belah telapak tangan diikuti dengan bekumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang digunakan untuk membasuh telapak tangan & bekumur masuk kedalam baldi
5)  Berniat mengambil wuduk sambil membasuh muka, seterusnya membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku. menyapu sedikit air dikepala, membasuh telinga & akhir sekali membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali.
6)  setelah suami selesai, si isteri pula memngabil wuduk dengan cara yang  sama manakala sisuami pula membantu isteri menuangkan air.  setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul didalam  baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
7) Mandikan  anak. InsyaAllah, dia akan menjadi anak-anak yang patuh kepada ibu bapa.


untuk pencegahan awal,  ibubapa baca doa berikut


Terjemahanya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan
daripada anak yang Engkau anugerahkan kepada kami


Sumber Ilmu
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=88