heartbeat.my

Friday, September 2, 2011

Mengatasi masalah Anak-Anak yang Nakal, degil & suka melawan Cakap IbuBapa

Secara fitrahnya setiap ibubapa mahukan anak2 mereka menghormati mereka, mengtaati hukum agama, senantiasa menjauhi perkara maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial seperti lari dari rumah, bergaul bebas, berzina, menagih dadah, biadap & sebagainya
Ibubapa boleh mengiktiharkan sesuatu agar anak mereka agar anak mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara berikut. Antaranya membaca doa-doa tertentu pada air seperti surah Al-Fatihah, Doa pelembut hati (surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa, Selawat Tafrijiyah, Doa menghindar Maksiat (Surah Al-Mu'min ayat 3) & beberapa doa yang lain. Air yang dibacakan dengan doa tersebut diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dbuat bilasan mandi.
Salah satu iktihar yang sangat mujarab bagi mengatasi masalah anak-anak yang suka melawan ibubapa ialah dengan mandikn anak-anak dengan air tadahan lebihan wuduk ibu bapa. caranya seperti berikut:
1)    IbuBapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota ini termasuk yang rukun & sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua-dua tangan , kepala, kedua-dua telinga & kaki hingga buku lali
2)   Setelah dibersihkan anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa untuk mengambil wuduk.
3)   Cara yang mudah, duduk diatas kerusi & letakan baldi dibahagian antara kedua dua belah kaki. biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk
4)   Membasuh semua anggota wuduk 3 kali. mulakan dengan membaca Bismillah. Basuh kedua-dua belah telapak tangan diikuti dengan bekumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang digunakan untuk membasuh telapak tangan & bekumur masuk kedalam baldi
5)  Berniat mengambil wuduk sambil membasuh muka, seterusnya membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku. menyapu sedikit air dikepala, membasuh telinga & akhir sekali membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali.
6)  setelah suami selesai, si isteri pula memngabil wuduk dengan cara yang  sama manakala sisuami pula membantu isteri menuangkan air.  setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul didalam  baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
7) Mandikan  anak. InsyaAllah, dia akan menjadi anak-anak yang patuh kepada ibu bapa.


untuk pencegahan awal,  ibubapa baca doa berikut


Terjemahanya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan
daripada anak yang Engkau anugerahkan kepada kami


Sumber Ilmu
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=88

No comments:

Post a Comment