heartbeat.my

Monday, November 7, 2011

cute sugar glider

kelmarin  aku telah menziarahi rumah member aku yang terletak disempadan Kedah Perlis. Apa yang menarik ialah.. dia menunjukan haiwan peliharaannya yang baru dibeli iaitu  Sugar Glider.  Sugar Glider nie kira pet yang tengah top sekarang nie... kalau tak salah dia beli dengan harga RM250.  Mahal lagi dari lovebirds aku tuee
Aku ingat lagi 2 tahun lepas. masa tue  sugar glider nie tak la berapa glamor macam sknuk nie. Member aku nak jual kat aku ngan harga Rm160 siap free dia punya push bag lagi. aku pun pelik  gak masa tue sebab tak penah tengok sebelum nie. So..aku tak teringin la nak ambik.
kalau tengok dari rupa memang cute sangat. Pastu mudah dibawa kemana-mana .Bergantung pada keadaan.. kadang-kadang aktif kadang-kadang banyak tido.. haiwan pepa cam tue jugak.. Suka melompat-lompat dari satu tempat ke tempat. bila berjalan disekeliling  badan kita sampai dalam baju dia masuk ..naik atas leher .. rasa geli-geli gak la.. patutlah banyak aweks-aweks kat blog cakap teringin nak bela. menurut member aku  beza sugar glider jantan ngan betina.. si betina ada pocket kat perut macam kangaroo tak pun macam doremon.  Agak-agaknya bilalah tokei leh jadi pet macam sugar glider. bawak dalam push Bag.
Apa-apa pun Selamat Hari Raya AidilAdha dan selamat menyambut ibadah Korban

No comments:

Post a Comment